SEJARAH RINGKAS PENUBUHAN SEKOLAH KEBANGSAAN TUNGOU,
RANAU.
Sekolah Kebangsaan
Tungou telah ditubuhkan pada tahun 1970. Ia terletak kira-kira 32 kilometer
dari Pejabat Pendidikan Daerah, Ranau. Sekolah ini telah diasaskan oleh
Impin Bin Dingguron selaku Ketua Kampung, Kampung Tungou pada masa itu.
Di peringkat awal,
bangunan sekolah ini dibina sepenuhnya daripada kayu bulat, papan dan lantai simen serta beratap zing. Pada 2 Mei 1972, Sekolah Rendah Kerajaan Tungou, Ranau pada waktu itu telah memulakan hari pertama
persekolahan dengan jumlah murid yang mendaftar seramai 25 orang di bawah pengawan seorang guru. Guru dan Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah Encik Saman Samidin.
Kawasan tapak sekolah
yang kecil serta bukit yang agak curam hanya dapat menempatkan satu unit bangunan sahaja.
Bangunan ini mempunyai 2 buah bilik darjah. Oleh kerana kawasan sekolah ini agak kecil maka pada awal tahun 1985, masalah
tapak dapat diatasi apabila Jabatan Pendidikan Sabah telah mendapat satu tapak sekolah yang baru dan lebih luas untuk pembinaan
bangunan yang baru.
Peruntukan untuk pembinaan bangunan baru
ini dibiayai sepenuhnya oleh jabatan Pendidikan Sabah. Bangunan baru ini mempunyai 3 buah bilik darjah, 1 bilik guru dan bilik
guru besar. Pembinaan adalah secara projek kilat temasuk sebuah rumah guru berkembar.
Pada bulan Disember
1985, Tuan Pengarah Pendidikan Sabah, Dr. Haji Isa Ramli telah merasmikan bangunan baru ini.
Beliau juga telah mencadangkan pembinaan
asrama Desa untuk kemudahan pelajar yang tinggal jauh dari sekolah dan juga untuk
menempatkan pelajar-pelajar dari kampung lain. Walau bagaimanapun asrama belum
dibuka dan beroperasi kerana ketiadaan peruntukan makan dan juga alat-alat keperluan seperti piring, gelas, sudu, mangkuk
dan juga alat-alat dapur.
Pada ketika ini jumlah
pelajar yang telah mendaftar ialah seramai 59 orang.